Posts

Showing posts from November, 2012

laser soprano

Image
Ketahui kaedah buang bulu Rawatan laser adalah yang terbaik dan paling berkesan. Jenis-jenis laser yang digunakan untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long Pulse Nd:YAG. Konsep membuang bulu menggunakan laser adalah mudah. Secara saintifiknya, ia berkonsepkan selektif   photo termolysis . Menerusi kaedah ini akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba. Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati. Untuk kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:YAG. Oleh kerana laser diserap oleh pigmen akar bulu, ia sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini bulu roma adalah tebal maka penyerapan laser paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma. Bulu yang tumbuh pada fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap la