Posts

Showing posts from September, 2015

Laser Untuk Menghilangkan Bulu Roma

Image
Memiliki rambut atau bulu roma terlalu lebat di kawasan yang tidak sepatutnya terutama di atas bibir yang menampakkan seperti misai, pada ketiak dan kaki sangat kurang menyenangkan apatah lagi bagi wanita yang gemar berdandan cantik dengan skirt atau gaun tanpa lengan. Sebenarnya memiliki bulu roma yang terlalu lebat atau berlebihan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Namun, bagi kebanyakan wanita mahupun lelaki, ia bagaikan satu mimpi ngeri dan amat memalukan. Tambah pula apabila ada wanita memiliki kaki yang cantik dan licin tanpa ditumbuhi seurat bulu atau ketiak yang bersih tanpa kesan hitam atau kesan cabutan bulu roma. Bulu roma terbentuk dalam satu folikel rambut iaitu satu struktur kantung yang dijumpai di bawah kulit. Setiap orang mengalami pertumbuhan bulu yang berbeza bergantung kepada keturunan, umur, berat badan, metabolisme, aktiviti hormon dan ubat-ubatan tertentu. Bagi wanita pula, faktor baligh, kehamilan dan menopaus memainkan peranan penting dalam menentukan pertu