Posts

Showing posts from February, 2017

Wanita Bermisai ? Kaki Berbulu ? Bulu Roma Panjang, Banyak ? Di sini ada penyelasaiannya ...

Image
Kehadiran wanita cantik bernama Suryati pada hari memang saya nanti nantikan. Beliau sudah beberapa kali membuat temu janji tetapi kerap juga membatalkannya. Saya yakin beliau mempunyai sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Kali ini saya berasa sangat gembira menerima kehadiran beliau buat pertama kalinya. Suryati berusia 28 tahun. Wanita muda ini sangat bersopan santun dan berhemah sekali bila berbicara. "Minta maaf doktor kerana kerap membatalkan temu janji. Sebenarnya saya terpaksa menunggu suami saya  outstation  dahulu barulah dapat datang ke klinik doktor,'' katanya. Pertanyaan saya kepada wanita itu: ''Kenapa pula begitu? Bukankah lebih bagus jika datang bersama-sama suami. Kita dapat berbincang dengan lebih baik.'' Suryati memberitahu bahawa dia mempunyai masalah yang tidak boleh diceritakan kepada suaminya kerana dia berasa sangat malu. Dia menunjukkan kepada saya betisnya yang berbulu lebat. Menurutnya bila suami ada di rumah dia