RAWATAN UNTUK MEMBUANG BULU





Memiliki rambut atau bulu roma terlalu lebat di kawasan yang tidak sepatutnya terutama di atas bibir yang menampakkan seperti misai, pada ketiak dan kaki sangat kurang menyenangkan apatah lagi bagi wanita yang gemar berdandan cantik dengan skirt atau gaun tanpa lengan. Sebenarnya memiliki bulu roma yang terlalu lebat atau berlebihan bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Namun, bagi kebanyakan wanita mahupun lelaki, ia bagaikan satu mimpi ngeri dan amat memalukan. Tambah pula apabila ada wanita memiliki kaki yang cantik dan licin tanpa ditumbuhi seurat bulu atau ketiak yang bersih tanpa kesan hitam atau kesan cabutan bulu roma.

Bulu roma terbentuk dalam satu folikel rambut iaitu satu struktur kantung yang dijumpai di bawah kulit. Setiap orang mengalami pertumbuhan bulu yang berbeza bergantung kepada keturunan, umur, berat badan, metabolisme, aktiviti hormon dan ubat-ubatan tertentu. Bagi wanita pula, faktor baligh, kehamilan dan menopaus memainkan peranan penting dalam menentukan pertumbuhan bulu roma.
Rambut dan bulu roma melalui empat peringkat pertumbuhan iaitu anagen, catagen, telogen atau awal anagen. Fasa pertumbuhan rambut yang aktif adalah pada peringkat anagen. Pada waktu ini, bulu roma mengandungi melanin yang berlebihan.

Catagen pula adalah fasa pengunduran apabila bahagian bawah rambut berhenti tumbuh, tetapi tidak gugur dan folikel rambut diserap semula. Fasa terakhir adalah telogen iaitu apabila rambut atau bulu roma mulai gugur dan bersiap sedia untuk pertumbuhan rambut baru.

Selain itu, peningkatan hormon turut memainkan peranan penting. Sesetengah orang mulai mengalami masalah bulu yang tidak diingini sejak akil baligh dan keadaan ini bertambah teruk seiring dengan peningkatan usia seseorang.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk melicinkan bulu roma yang tidak dingini dari muka, kaki, lengan, ketiak, atau garis bikini, dan kawasan-kawasan lain. Salah satu caranya ialah menggunakan laser.

Antara kelebihan laser ialah:

1) Ketepatan
-Laser akan mencerahkan celah-celah yang gelap, mematikan akar-akar rambut yang kasar tanpa merosakkan kulit di sekelilingnya.

2) Kelajuan
– Setiap pancaran laser akan meliputi setiap bahagian dan akan mematikan banyak akar rambut pada masa yang sama. Laser juga boleh meliputi kawasan seluas kira-kira saiz satu perempat setiap saat. Bahagian badan yang kecil seperti muka dan bibir akan mengambil masa kurang dari sejam. Manakala bahagian badan yang mempunyai permukaan luas seperti belakang atau kaki, mungkin mengambil masa sehingga satu jam atau lebih.

3) Keputusan yang boleh di jangka.
– Sembilan puluh peratus daripada pesakit yang melakukan rawatan laser buang bulu berpuas hati kerana rawatan tersebut berkesan dan memberi impak kehilangan bulu yang berkekalan selepas purata tiga hingga lima sesi.

Persediaan Sebelum Rawatan
Melakukan laser buang bulu bukan hanya dengan “mencukur” bulu yang tidak di ingini. Ia juga merupakan satu prosedur perubatan yang memerlukan latihan sebelum ianya dilaksanakan dan ia juga akan membawa risiko jika tidak dilakukan dengan betul.
Jika anda bercadang untuk menjalani laser buang bulu, anda mestilah mengehadkan mencabut, waxing dan juga elektrolisis selama enam minggu sebelum rawatan. Ini kerana laser akan mensasarkan pancaranya kepada “akar bulu roma” tersebut bagi mematikan akar-akar bulu sekaligus mematikan pertumbuhan rambut baru di sekitar bahagian yang di laser.
Selain itu, mereka yang ingin melakukan laser buang bulu juga perlu mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari selama enam minggu sebelum dan juga selepas rawatan. Pendedahan kepada cahaya matahari akan menyebabkan laser buang bulu kurang berkesan dan mungkin akan mendapat komplikasi lain

Prosedur sebelum rawatan.

1)    Sebelum rawatan, bulu roma yang terdapat pada bahagian yang ingin dirawat akan di cukur sehingga licin untuk mengelakkan ianya terbakar sewaktu pancaran laser di pancarkan di atas permukaan kulit. Peralatan laser tersebut akan diselaraskan mengikut warna kulit, ketebalan, dan frekuensinya.

2)    Sebagai perlindungan, anda akan di pakaikan pelindung mata yang khaskan jika bahagian yang dirawat adalah bahagian berdekatan mata. Ia juga bergantung kepada laser atau sumber cahaya yang digunakan. Selain itu, sebagai perlindungan luar kulit anda, gel sejuk atau bahan peranti penyejukan khas akan disapu untuk membantu cahaya laser menembusi kulit tanpa meninggalkan kesan yang kerosakan kepada kulit.

3)    Seterusnya, laser akan dipancarkan kearah bahagian yang ingin dirawat. Pancaran cahaya dari laser akan dilalukan ke bahagian tersebut selama beberapa kali, mengikut teknik-teknik yang tertentu.

4)    Setelah selesai rawatan, jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan, anda juga boleh meminta pek ais, krim atau losyen anti-radang, atau air sejuk. Untuk rawatan yang seterusnya, perunding akan menyuruh anda mendapatkan rawatan selanjutnya empat hingga enam minggu kemudian. Dan rawatan itu akan berterusan sehingga rambut berhenti tumbuh.

Tips selepas rawatan

Untuk satu atau dua hari selepas rawatan, bahagian kulit yang dirawat akan menjadi kering. Gunakan sunblock untuk melindungi kulit yang kering dari pancaran cahaya matahari. Pakai pelindung matahari untuk membantu mencegah perubahan sementara dalam warna kulit yang dirawat.
Selain itu pesakit juga, dinasihatkan untuk tidak mencukur bahagian yang sudah di laser kerana ia mungkin akan mengaktifkan kembali akar-akar rambut yang telah mati. Jika rambut kembali tumbuh, ia akan tumbuh dalam kuantiti yang sedikit,jarang dan pendek. Jadi ia mudah dicabut dengan hanya menggunakan pencabut bulu.

Untuk informasi lanjut sila klik di sini @
Untuk maklumat yang lebih lanjut,sila hubungi kami di talian…

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 /  03-55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 014-643 7996
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
PM us directly for your beauty and health information >>
www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

Comments

Popular posts from this blog

RAWATAN BUANG BULU SECARA KEKAL

Wanita Bermisai ? Kaki Berbulu ? Bulu Roma Panjang, Banyak ? Di sini ada penyelasaiannya ...

Laser Untuk Menghilangkan Bulu Roma